fb fb fb fb fb

Peruntukan untuk P. Pinang dalam Belanjawan 2026 disambut baik

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 11 Oktober- Kerajaan Pulau Pinang menyatakan penghargaan atas pelbagai projek yang diumumkan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata antara diumumkan adalah projek peleraian trafik, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Juru, projek tebatan banjir dan pelebaran Lebuhraya Plus dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua.

"Kita ucap terima kasih atas kelulusan yang diberikan. Perancangan yang lain akan diteruskan secara berfasa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Centenary Stride Sekolah Kebangsaan (SK) Wellesley sempena sambutan 100 tahun sekolah itu.

Beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam memastikan projek pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA