fb fb fb fb fb

Peruntukan RM3 juta baik pulih SMK Munshi Abdullah - Ab Rauf

Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih mula dilaksanakan hari ini.

BATU BERENDAM, 30 Oktober- Sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Melaka yang rosak akibat ribut pada Sabtu lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerja-kerja pembersihan dan baik pulih mula dilaksanakan hari ini.

"Bantuan awal telah diberikan sebanyak 100,000 dahulu untuk memastikan kerja-kerja pembersihan bagi keselesaan guru-guru.

"Kita akan baik pulih sekolah ini secara berperingkat," kata Ab Rauf kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bersama Exco Melaka, Datuk Rahmad Mariman di Batu Berendam.

Artikel Berkaitan:
KPM peruntuk RM100,000 baik pulih SMK Munshi Abdullah
Tujuh bangunan SMK Munshi Abdullah rosak akibat ribut

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM