fb fb fb fb fb

Peruntukan RM20 juta untuk program pra tahfiz di seluruh negara

Pengarah KEMAS Terengganu Dr Faridah Mat menyerahkan sumbangan Tabung Palestin bernilai RM74, 863 kepada Datuk Ahmad Kamal

KEMAMAN, 30 November - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerima peruntukan RM20 juta untuk program pra tahfiz di seluruh negara, dalam usaha melahirkan 100,000 kanak- anak hufaz menjelang 2026.

Ketua Pengarah KEMAS Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata projek rintis pra tahfiz telahpun bermula awal tahun ini melibatkan 100 kelas seluruh negara.

Pelaksanaanya akan dimulakan sepenuhnya tahun hadapan melibatkan 4,000 kelas.

Daripada jumlah itu 450 kelas adalah di seluruh Terengganu.

"Sebenarnya program ini kalau anak yang umur lima tahun, dua tahun itu Insya-Allah kalau dengan kaedah pengajaran ini, ia bukan macam tahfiz untuk orang, Bagi orang dewasa, dia duduk dan menghafal; tetapi kaedah kita untuk sesuaikan dengan anak-anak tabika yang umur lima tahun, enam tahun kita berkonsepkan 'fun learning' maknanya dia hafaz dengan cara bermain dan bernyanyi. Jadi dengan cara inilah mereka boleh menguasai dan boleh menghafal," kata Ahmad Kamal kepada media selepas program Jom Masuk Kampung KEMAS daerah Kemaman di Tabika Kemas Kampung Batu 9 Ibok.

Beliau sempat meluangkan masa menyertai gotong royong memasak laksa gebok untuk diagihkan kepada penduduk sekitar.

Pada program itu juga Pengarah KEMAS Terengganu Dr Faridah Mat menyerahkan sumbangan Tabung Palestin bernilai RM74, 863 kepada Datuk Ahmad Kamal.

Sumbangan tersebut hasil kutipan guru, ibu bapa dan kakitangan KEMAS yang dilancarkan empat hari lalu.

Hingga kini terdapat 216,000 kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS bagi seluruh negara.

TETITIA YUSOFF