fb fb fb fb fb

Peruntukan pembangkang perlu dirunding melalui wakil

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Julai-Peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang perlu dirunding melalui wakil dan bukan secara berasingan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua peruntukan tersebut harus mengikut proses rundingan yang betul.

Jelasnya lagi, mereka perlu berunding dengan kerajaan seperti yang dilakukan ketika pemerintahan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika mahukan dana seperti yang dibangkitkan.

"Parameter tidak susah. Tapi sebab ada sikap kurang positif, tidak ada rasa rendah diri, kompleks untuk menemui Perdana Menteri di pejabat Perdana Menteri dan bincang.

"Saya tidak faham mengapa proses ini jadi rumit. Tentang tarikh, syarat.. itu proses biasa dalam mana-mana proses demokrasi. Sekali lagi dan berulang kali saya sebut kesediaan kita, tapi biar ikut proses dalam amalan Parlimen," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan di kemukakan wakil Pendang Datuk Awang Hashim mengenai adakah kerajaan menetapkan sebarang syarat bagi pihak pembangkang mendapatkan peruntukan kerajaan di Parlimen hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD