fb fb fb fb fb

Peruntukan khusus tangani banjir dijangka dimasukkan dalam belanjawan Johor

JOHOR BAHRU, 15 Ogos- Kerajaan Johor bersedia memberi peruntukan khusus kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi projek-projek penambahbaikan sistem saliran dan jalan yang menjadi punca berlakunya banjir.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, peruntukan itu dijangka dimasukkan pada belanjawan Johor tahun hadapan.

Ia sebagai persediaan pelan jangka pendek dan panjang bagi menangani isu banjir setempat.

Antara tumpuannya, penambahbaikan sistem aliran air di kawasan bandar yang menyebabkan berlakunya banjir kilat.

"Dia ada beberapa peruntukan kalau sungai, Jabatan Pengairam dan Saliran (JPS) kalau PBT lebih kepada PBT sendiri atau di kawasan pembayar cukai di pekan, bandar ada juga longkang dinaik taraf dan ada juga isu jalan raya lubang 'drain water' itu dibesarkan supaya aliran air itu ketika banjir kilat akan cepat keluar," katanya.


(Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor)

Mohd Jafni berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian watikah pelantikan Ketua WHIP dan Ahli Majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Dewan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Media Baharu