fb fb fb fb fb

Perubahan monsun, enam daerah di Johor berpotensi berlaku kebakaran

Siti Rohani Nadir

JOHOR BAHRU, 6 Februari- Enam daripada 10 daerah di Johor dikenal pasti berpotensi berlaku kebakaran susulan peralihan monsun timur laut ke musim panas ketika ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Siti Rohani Nadir berkata, ia melibatkan Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Batu Pahat dan Muar.

Kebakaran boleh berlaku di kawasan berskala besar ataupun kecil, dengan tempoh masa memadamkan api boleh menjangkau lebih seminggu.

Tahun lalu 82 kes kebakaran tanah gambut direkodkan berbanding 34 kes sepanjang tahun 2022.

Daerah Batu Pahat merekodkan kebakaran paling tinggi iaitu 30 kes.

"Antaranya kes pembakaran bagi tujuan pembersihan, sebab itu adalah kos yang paling jimat. Jadi apabila berlakunya pembakaran biasa disertai dengan musim panas dan kemarau dia akan merebak ke kawasan-kawasan persekitaran.

"Jadi untuk kawasan-kawasan seperti tanah gambut, benda ini mengambil masa lama sebab berlaku kemerebakan lebih meluas," katanya dalam Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Johor di Ibu pejabat JBPM Johor, di sini.

Sementara itu seramai 34 pengamal media di Johor turut menerima sijil penghargaan pada majlis itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI