fb fb fb fb fb

Perubahan kepimpinan UK, tidak beri impak ketara terhadap Malaysia

Pakar Geostrategis, Prof Azmi Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Julai- Perubahan kepimpinan United Kingdom (UK) tidak akan memberi impak ketara terhadap dasar luar negara itu dalam hubungan diplomatik bersama Malaysia.

Memetik hubungan ekonomi dan pertahanan antara kedua negara, Pakar Geostrategis, Prof Azmi Hassan yakin kerjasama membabitkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bersama 11 negara lain tetap disertai UK.

Bagi aspek pertahanan pula beliau optimis, tampuk kepimpinan baharu itu tidak akan menjejaskan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) sedia ada.

"Tidak akan berlaku banyak perubahan antara hub ekonomi, pertahanan dengan Malaysia, saya bagi contoh hab ekonomi UK baharu sahaja menyertai perjanjian transpasifik bersama Malaysia dan 11 negara lain jadi perjanjian TPPA ini mengikat perjanjian ekonomi lebih kurang FTA.

"Mengenai pertahanan juga, tidak ada banyak isu antara UK dan kalau yang paling dekat nak dilihat adalah FPDA kerjasama pertahanan lima negara termasuk Malaysia dan UK," katanya kepada pemberita di sini.

Menyentuh mengenai perjanjian pertahanan tiga pihak antara Australia, UK dan Amerika Syarikat, Perdana Menteri UK, Keir Starmer sebelum ini menegaskan tidak akan berlaku perubahan dalam gabungan itu.

Ini sekali gus mencerminkan UK akan terus memberi kerjasama dalam hubungan luar antara London dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pendirian negara itu terhadap isu Palestin selepas ini dijangka lebih positif.

Ini mengambil kira pandangan Starmer yang berjanji untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Parti Buruh UK yang diketuai Starmer memenangi pilihan raya parlimen selepas mencapai 326 kerusi yang diperlukan untuk majoriti di Dewan Rakyat pada Jumaat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM