fb fb fb fb fb

Pertumbuhan sektor agromakanan kekal positif meskipun ekonomi tidak menentu

Sumbangan signifikan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022 berjumlah RM173.9 bilion / Foto Bernama

IPOH, 11 November - Pertumbuhan sektor agromakanan negara kekal positif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran ekonomi global dan domestik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sumbangan signifikan sektor agromakanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022 berjumlah RM173.9 bilion atau 11.5 peratus.

“Nilai tambahan ini meliputi pengeluaran agromakanan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan,” katanya dalam ucapan perasmian sambutan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN