ISLAMABAD, 4 Oktober– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan tokoh industri Pakistan menerusi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-Pakistan.
Menerusi lawatan negara ke Pakistan, Anwar berkata ia membuka ruang untuk kedua-dua negara memperkukuh hubungan erat, selain meneroka peluang kerjasama baharu dalam industri seperti halal dan beras.
"Sebanyak 67 syarikat serta tujuh persatuan perniagaan dari Malaysia dan Pakistan turut serta dalam sesi meja bulat ini.
"Kerjasama ini diharap mampu membawa manfaat ekonomi kepada kedua-dua negara, khususnya dalam sektor yang dibincangkan," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas komitmen dan usaha berterusan yang menjayakan dialog tersebut.
Dalam lawatan itu, Anwar berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di Istana Presiden.
"Pastinya ruang itu digunakan bagi merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih baik pada masa hadapan.
"Usai, saya kemudian dikurniakan anugerah penghormatan tertinggi Pakistan kepada pemimpin luar iaitu Nishan-e-Pakistan di atas usaha memupuk hubungan dua hala antara ke tahap lebih lebih baik, sekalung penghargaan di atas anugerah ini," katanya.
BERITA BERKAITAN: