PUTRAJAYA, 8 Mac -Satu pertemuan telah diadakan Kementerian Komunikasi bersama Reporters Without Borders (RSF).
Perkara tersebut di maklumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam Sidang Media di Putrajaya.
Menurut Fahmi antara dibincangkan ialah penjelasan mengenai Kod Etika Kewartawanan Malaysia oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI), kad perakuan media serta beberapa cadangan kerjasama di masa hadapan untuk meningkatkan tahap kebebasan media di Malaysia.
"Jadi RSF menyatakan ada beberapa piagam atau dokumen yang boleh dipanjangkan kepada Kementerian Komunikasi untuk penelitian kami, disamping melihat kepada struktur bersifat antarabangsa bagi meningkatkan standard atau aspek kawal selia yang bersifat amalan terbaik, seperti yang dilaksanakan di negara lain.
Dalam pada itu, Fahmi melihat lawatan RSF memberi peluang baik kepada kerajaan bagi memahami dari sudut pandang NGO seperti RSF yang melihat Malaysia sebagai salah satu negara yang paling ke hadapan dari segi kebebasan media di rantau Asia Tenggara.