fb fb fb fb fb

Pertambahan haiwan di Zoo Melaka dijangka tarik lebih ramai pelancong

Foto BERNAMA

AYER KEROH, 8 Mac- Zoo Melaka berhasrat membawa masuk tiga lagi spesies haiwan baharu tahun ini hasil pertukaran bersama zoo lain dari dalam dan luar negara.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata perbincangan bersama-sama kerajaan negeri telah dijalankan dan kini dalam proses permohonan serta kelulusan daripada kementerian.

Tambahnya, pertambahan spesies haiwan berkenaan diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Melaka khasnya bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang sedang berlangsung.

"Insya-Allah kita jangka bila ada haiwan baharu yang masuk ini, ia boleh menarik lebih ramai yang pelancong. Kita menjangkakan bila TMM2024 ini kita di pihak zoo pun telah mengambil kesempatan untuk menarik pelancong yang datang ke Melaka untuk datang ke zoo. Insya-Allah kita berusaha sedaya upaya untuk promosi di mana-mana, kita buat promosi untuk menarik orang datang ke Melaka," katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Keselamatan Rumah dan Pengedaran Bubur Lambuk sempena menyambut bulan Ramadan di Luar kompleks Melaka Mall di sini.

Dalam pada itu, Sapiah berkata sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi proses menaik taraf dan pembaikan kandang-kandang haiwan di Zoo Melaka tahun ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM