KUALA LUMPUR, 7 Mei- Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024 hari ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan pluralisme, toleransi, kesederhanaan, pendidikan, jalinan kerjasama dan persamaan inklusif.
Persidangan berkenaan yang mengangkat tema ‘Promoting Interfaith Harmony among Followers of Religions' (Menggalakkan Keharmonian Antara Agama Dalam Kalangan Penganut); dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia menekankan kepentingan agama dalam menggalakkan keamanan dunia, mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan meneroka cara kolaborasi masa kini.
Di samping melancarkan inisiatif yang terhasil daripada Piagam Makkah serta menonjolkan nilai-nilai agama yang mulia.
Kira-kira 2,000 tokoh agama serta intelektual dari 57 negara hadir pada persidangan itu.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta para jemaah menteri.