fb fb fb fb fb

Persidangan Cukai Kebangsaan 2024, beri ruang baharu kepada LHDN

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 dapat memberi ruang dan kaedah baharu bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan keupayaan dan kecekapan memungut hasil cukai.

Menerusi sesi persidangan tersebut pihaknya yakin LHDN mampu mengutip cukai melebihi sasaran kutipan cukai yang ditetapkan bagi 2024.

"Saya nak lihat hasil bertambah setiap sen dan ringgit dibayar tanpa pengecualian. Saya juga melihat seperti mana saudara tahu, ia tidak membebankan orang atau syarikat lebih daripada had yang ditetapkan.

"Saya tahu semangat dan kekuatan LHDN, saya dengan harapan yang tinggi agar kita bawa satu tradisi dan budaya baru ini dapat membantu menyelamatkan bangsa dan budaya kita," katanya dalam ucapan dalam Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di ibu negara.

Dalam pasa itu Anwar turut mengulangi mengenai usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus pada tahun ini.

Beliau juga mahu negara perlu diuruskan dengan teliti bagi memastikan hasil yang dikeluarkan memanfaatkan rakyat dalam jangka panjang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI