fb fb fb fb fb

Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Kedah lancar

Foto- RTM

ALOR SETAR, 28 Ogos - Persiapan bagi Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke 68 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar di sini, berjalan lancar.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Gafar Yahya berkata, setakat ini kerja-kerja persiapan tempat untuk sambutan giat dijalankan, selain kerja-kerja menceriakan kawasan.

"Saya menyeru kepada semua warga bandaraya pada pagi 31 tu pakat keluar datang awal. Macam-macam acara di Medan Bandar depan Masjid Zahir kita meriahkan. Tunjukkan rasa kecintaan kita kepada negara," katanya.

Para pengunjung juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak meninggalkan sampah sarap selepas perarakan selesai.

Peniaga kecil dan penjaja pula diminta supaya merujuk kepada Majlis Bandaraya Alor Setar untuk berniaga pada hari tersebut agar gerai nampak lebih tersusun dan tertib.

Beliau bercakap demikian selepas meraikan pelajar SK Wan Sulaiman Sidiq yang berarak mengibarkan Jalur Gemilang dari sekolah ke Menara Alor Setar.

Pelbagai pengisian kemerdekaan sempena sambutan Ambang Merdeka akan diadakan, antaranya persembahan tarian berbilang bangsa.

EMMI NORALIZA ADNAN