JOHOR BAHRU, 14 Februari- Persiapan menjelang Konsert Hari Radio Sedunia 2024 yang berlangsung pukul 9.00 malam ini, di Auditorium Permata Sari, RTM Johor, berjalan lancar dan dijangka memberikan kepuasan kepada penonton dan pendengar setia RTM.
Konsert berdurasi dua jam itu bakal menampilkan persembahan artis terkenal tanah air, termasuk Aina Abdul, Siti Nordiana, Datuk Jeffrydin, Sufian Suhaimi dan Akim Ahmad.
Penerbit konsert, Amly Ibrahim dan Amzar Anaqi memaklumkan, persiapan bagi memastikan kelancaran serta kemeriahan konsert telah bermula sejak seminggu lalu, melibatkan aspek teknikal serta persembahan.
"Semua persiapan berjalan lancar dan kita harap lancar sehinnga penghujung konsert pada 11.00 malam. Konsep kita muzik sepanjang zaman, pelbagai genre muzik akan kami persembahkan kepada penonton TV2 dan pendengar Nasionalfm Johorfm dan RTMKlik", kata Penerbit, Amly Ibrahim.
"Alhamdullillah persiapan sudah seminggu, pasukan pencahayaan dan reka bentuk sudah seminggu berkampung di sini. Alhamdullillah, semalam kita laksanakan raptai penuh, memang cantik. Insya-Allah,kita harap yang terbaik malam ini", kata Penerbit, Amzar Anaqi.
Selain persembahan artis terkenal, konsert Hari Radio Sedunia 2024 juga akan menampilkan persembahan istimewa daripada Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.
Konsert bakal dikendalikan Penyampai Johorfm, Saufi Nawawi dan Nasionalfm, Dyya Nawai.
Foto Facebook Johorfm