LABUAN, 9 Julai - Persiapan penganjuran Borneo Flora Festival (BFF) 2025 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, di sini pada 26 hingga 30 Julai ini berjalan lancar.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib, turut meninjau persiapan festival berkenaan bersama media hari ini.
Datuk Fadlun Mak Ujud (kanan) dan Mohd Sukuran Taib (kiri) meninjau persiapan BFF 2025 - Foto Perbadanan Putrajaya
Kerja-kerja pembinaan taman, penyediaan dan naik taraf kemudahan giat dijalankan.
Pelbagai reka bentuk taman dan pameran bunga akan dipamerkan kepada pengunjung yang hadir.
Antaranya "Flower Alley", "Borneo Rainforest Jewel", "Borneo Tropical Flora", "Underwater World Garden", Laman Insta dan Laman Magika.
Selain itu, BFF 2025 menyaksikan sebanyak 33 pempamer akan menyertai Garden Showcase dan 22 lagi menyertai Garden Bazaar, manakala 42 penyertaan Artisan Bazaar.
Festival kali ini juga akan dimeriahkan pelbagai pengisian aktiviti lain antaranya persembahan pentas artis jemputan, pertandingan tarian kreatif Borneo, pertandingan aerodance “Blooming Energy” dan banyak lagi.
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dijangka berkenan merasmikan festival berkenaan.