fb fb fb fb fb

Perolehan kumpulan pertama LCS dikurangkan kepada 5 unit

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 30 Januari-Perolehan kumpulan pertama projek kapal tempur pesisir (LCS) tetap akan diteruskan seperti biasa.

Namun ia akan dikurangkan menjadi 5 unit berbanding 6 unit sebelum ini.

Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata, keputusan itu dibuat selepas proses permohonan semula dilakukan.

"Pada asalnya memang enam. Tetapi semasa kita mengemukakan permohonan semula dan dibincangkan semula perkara ini, LCS ini telah mempersetujui untuk dikurangkan kepada lima sahaja", ujar beliau.

Abdul Rahman menambah, keputusan telah dibuat semasa kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan LCS.

"Saya difahamkan kemajuan projek adalah baik.Terdapat sokongan tambahan yang keenam akan ditandatangani tidak berapa lama lagi.Sekiranya dilaksanakankan bakal membolehkan proses seterusnya berjalan seperti yang dirancang", kata beliau ditemui selepas menyampaikan perutusan ulung PTL Ke-18 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Abdul Rahman menyampaikan perutusan ulung beliau sebagai Panglima Tentera Laut ke-18 selepas dilantik untuk menerajui TLDM pada 27 Januari lalu.

Perutusan ulung ini dihadiri seramai 350 orang warga TLDM (Navy People) dan disiarkan secara langsung ke semua markas formasi TLDM di seluruh negara.

 

(Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob/FOTO RTM)

Media Baharu