fb fb fb fb fb

Permohonan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta & Dialisis MITRA dibuka hari ini

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) P. Prabakaran

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Permohonan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta Tahun 2024/2025 dan Program Bantuan Subsidi Dialisis di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), dibuka hari ini hingga 23 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) P. Prabakaran berkata permohonan berkenaan bagi memastikan kanak-kanak India Malaysia yang berumur empat hingga enam tahun menerima pendidikan awal, selain membantu pengusaha tadika swasta dalam pengoperasian tadika yang lebih kompetitif.

"Dengan peruntukan RM10.8 juta, telah diperuntukkan bagi membantu 4,500 pelajar tadika daripada masyarakat India. RM150 akan diterima seorang pelajar termasuk untuk makanan dan juga yuran pendidikan. Jadi seorang akan dapat RM150 hingga RM200 untuk 12 bulan. 

"Jadi dengan peruntukkan RM10 juta, seramai 4500 pelajar akan dapat menikmati untuk belajar dengan percuma di tadika swasta komuniti India", katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen.

Pengusaha tadika yang berkelayakan perlu membuat permohonan di laman sesawang MITRA Geran 2024 di pautan https://shorturl.at/WW9sq.

 

ROSLINA BINTI DIN