fb fb fb fb fb

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah YBR dibuka bermula 15 Februari

 

SERDANG, 15 Januari - Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah, Yayasan Bank Rakyat (YBR) fasa pertama tahun ini dibuka bermula 15 Februari hingga 15 Mac depan.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, ia terbuka kepada pelajar Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang melanjutkan pengajian keperingkat Sijil Kemahiran hingga Sarjana di Universiti Awam serta Swasta dalam negara.

Inisiatif itu sebahagian daripada bantuan YBR kepada pelajar terkesan banjir untuk menyambung pengajian keperingkat lebih tinggi.

"Kalau diploma, degree dan sebagainya ada harga ataupun yuran yang berbeza. Namun kita menjangkakan setiap pelajar ini, kita memperuntukkan sebanyak RM30,000 seperti sedang kita buat. Kita boleh dapat 300 atau 400 pelajar yang boleh dibantu peringkat pertama. Kita nak lihat bagaimana kita boleh bantu diperingkat pertama ini" Kata Zulkarnain disini.

YBR memperuntukkan RM3.81 juta  untuk pembiayaan fasa pertama.

 

Media Baharu