SHAH ALAM, 15 Januari- Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat melancarkan buku “Telepuk Forgotten Flowers Of Gols” di Perpustaan Raja Tun Uda, di Shah Alam, Selangor hari ini.
Keberangkatan tiba baginda disambut Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad dan Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad.
Pada majlis itu juga baginda berkenan meluangkan masa kira kira 20 minit melawat ke pameran mini yang disediakan.
Pengasas Pergerakan Langkasuka serta Penerbit Buku Telepuk Abdul Razak Aziz dalam sembah ucapannya berkata, buku tersebut telah diterbitkan dua tahun lalu dalam Bahasa Melayu dan kini ditambah baik dalam Bahasa Inggeris.
"Pergerakan Langkasuka telah mengadakan pelabagi kempen, festival seni, pameran, program residensi bengkel, simposium dan menerbitkan lebih 10 judul buku berasaskan seni, budaya dan warisan melayu termasuklah buku “Telepuk Forgotten Flowers Of Gols”, terjemahan daripada buku Bahasa Melayu, Telepuk, Bunga Emas Yang Dilupai yang diterbitkan dua tahun lalu, ianya telah
ditambah baik dengan beberapa maklumat baru dan penambahan artifak yang dikatalogkan," katanya.