
KANGAR, 31 Mac – Prestasi Gred Purata Negeri (GPN) Perlis dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 masih merekodkan keputusan baik dengan 4.67 mata berbanding 4.57 bagi peperiksaan SPM 2024.
- 54 calon memperolehi A dalam semua mata pelajaran SPM 2025.
- 3,286 calon menduduki SPM 2025 di 36 pusat peperiksaan.
- Peratus layak dapat sijil SPM 2025 ialah 94.36 peratus.
- 16 sekolah meningkat prestasi, 13 sekolah mencatat penurunan; 21 mata pelajaran menunjukkan peningkatan.
Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, seramai 54 calon berjaya memperolehi keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki bagi SPM 2025 berbanding 89 calon bagi SPM 2024.
“Seramai 3,286 calon menduduki peperiksaan SPM 2025 di 36 pusat peperiksaan berbanding 3,008 calon menduduki peperiksaan SPM 2024 dengan peratus layak dapat sijil sebanyak 94.36 peratus bagi SPM 2025 berbanding 95.01 peratus pada 2024,” katanya.
Beliau ditemui berkata demikian pada Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2025 negeri Perlis di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di sini.
Sebanyak 16 sekolah menunjukkan peningkatan pencapaian SPM atau 55.2 peratus, manakala 13 lagi sekolah mencatatkan penurunan prestasi keputusan.
SPM 2025 bagi negeri Perlis turut menunjukkan 21 mata pelajaran menunjukkan peningkatan.