fb fb fb fb fb

Perkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab AI serantau

Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 / Foto BERNAMA

PARLIMEN, 21 Julai - Malaysia bersedia menghadapi gelombang teknologi Kecerdasan Buatan (AI) berdasarkan dasar dan hala tuju strategik yang ditetapkan ketika ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata ketersediaan itu disokong empat langkah strategik iaitu strategi pemindahan teknologi yang praktikal, pembangunan bakat tempatan, kesedaran awam serta pelaksanaan dasar dan kawal selia yang menyeluruh.

"Penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) merupakan langkah strategik kerajaan dalam pelaksanaan dasar, tadbir urus, dan pematuhan etika, keselamatan serta kedaulatan digital terhadap AI," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar mengenai persediaan kerajaan mendepani gelombang teknologi AI.

Kerajaan telah merangka dan melaksanakan Pelan Hala Tuju AI Negara 2021-2025 (AI-RMAP) bertujuan memacu pemindahan teknologi AI melalui pembangunan bakat, kerjasama penyelidikan dan pembangunan RND, pengoperasian sandbox, serta pembangunan keselamatan.

Selain itu, kerajaan ketika ini sedang merangka Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab AI serantau.

HASRON BIN HASSAN