fb fb fb fb fb

Perkhidmatan udara luar bandar dijangka rancakkan ekonomi Sarawak

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 21 September- Perkhidmatan udara luar bandar dijangka merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Bario, Sarawak.

Jelas Senator, Datuk Ahmad Datuk Seri Ibrahim, ia perlu ditambah baik bagi memastikan kawasan itu bergerak seiring dengan kawasan lain di Sarawak.

"Dengan pembesaran lapangan terbang tersebut di Sarawak untuk perkembangan rural air services atau perkhidmatan udara luar bandar semestinya akan merancakkan lagi ekonomi setempat dengan kemudahan penyediaan dan naik taraf perkhidmatan.

"Penambahbaikan ini perlu disegerakan bagi mengatasi masalah perkhidmatan pesawat yang agak terhad, sekali gus mempercekap lagi perkhidmatan udara khususnya di Bario," kata Ahmad pada sesi perbahasan di Dewan Negara di sini.

Sementara itu, usaha menjadikan Sarawak sebagai hub hidrogen teknologi hijau di rantau ini akan membuka luas peluang pelaburan di negeri itu.

Ia mengambil kira potensi Sarawak-Kalimantan hasil penubuhan Nusantara, ibu negara Indonesia yang baharu.

"Menteri ekonomi telah mengumumkan pembinaan tiga lagi loji hidrogen di Sarawak menunjukkan betapa komitednya kerajaan pusat dan kerajaan Sarawak di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga serta Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen untuk menjadikan kita sebagai pemimpin ekonomi serantau," kata Ahmad.

Jelasnya, pelaksanaan itu akan mewujudkan persekitaran yang kompetitif dan berdaya saing di antara kedua-dua negara serumpun Indonesia-Malaysia.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu