fb fb fb fb fb

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kembali pulih

Foto Rapid KL

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kembali pulih selepas mengalami gangguan sistem persemboyanan ('signalling')  sejak pada pukul 7.22 malam tadi.

Menurut Rapid Rail Sdn Bhd, kerja-kerja rektifikasi dijalankan oleh pasukan teknikal selepas tamat operasi malam tadi.

Tambahnya lagi, pihak Rapid Rail turut bekerjasama dengan MRT Corp serta pihak kontraktor dan pembekal untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca gangguan.

Bagaimanapun, perkhidmatan bas perantara percuma dari Stesen Can Sow Lin hingga ke Stesen Putrajaya Sentral masih disediakan kepada penumpang sebagai pilihan alternatif.

Artikel Berkaitan:
Gangguan MRT, Rapid Rail sedia perkhidmatan alternatif

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM