fb fb fb fb fb

Penangguhan feri tiga hari, Konsortium Ferrylines rugi RM200,000

Dr. Baharin Baharom

KUALA KEDAH, 22 September- Penangguhan operasi perkhidmatan feri Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah selama tiga hari sejak Khamis lalu akibat ombak tinggi dan ribut menyebabkan Konsortium Ferrylines Sdn Bhd mengalami kerugian hampir RM200,000.

Pengurus Besarnya, Kapten Dr. Baharin Baharom berkata syarikat terpaksa membayar semula kepada 12,000 penumpang yang telah membeli tiket, selain menanggung kos pembaikan feri yang rosak akibat dibadai ombak.

"Kami beroperasi 24 jam di bilik operasi untuk memulangkan bayaran dalam masa 14 hari seperti dijanjikan. Disebabkan jumlah penumpang yang terjejas lebih daripada 12,000 orang, proses pembayaran semula ini mengambil masa.

"Namun, kami berusaha untuk memulangkan semua wang tuntutan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan semula feri di Terminal Feri Kuala Kedah hari ini.

Perkhidmatan feri hari ini melibatkan empat perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi dan lima perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah, membabitkan seramai 1,664 penumpang dua hala.

Feri pertama dari Kuala Kedah ke Langkawi berlepas pada 1.30 petang, diikuti oleh feri kedua pada 3.00 petang, 4.30 petang, dan 6.00petang.

Sementara itu, perjalanan feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah bermula pada 10.30 pagi, diikuti oleh trip pada 12.00 tengah hari, 1.30 petang, 3.00 petang dan 4.00 petang.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA