fb fb fb fb fb

Perkhidmatan e-filing bagi tahun taksiran 2023 dibuka 1 Mac 2024

Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-filing mulai esok / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 29 Februari - Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-filing mulai esok.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan pembayar cukai menggunakan perhidmatan e-filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my

Ejen cukai pula hendaklah menggunakan perkhidmatan Tax Agent e-filing System (TAeF) versi 2.0 menerusi capaian https://taef.hasil.gov.my untuk tujuan tersebut.

“Pembayar cukai boleh membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023,” kata LHDN menerusi kenyataan.

LHDN memaklumkan, pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke MyTax perlu mengaktifkan Sijil Digital Individu terlebih dahulu yang boleh dijana melalui Portal MyTax.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN