KUALA LUMPUR, 30 Jun - Bengkel Impak Sosial dan Advokasi Rantau Asia-Pasifik (Asia-Pacific Region Social Impact and Advocacy Workshop – APR SIAW) 2025 telah diadakan bermatlamat memperkukuh peranan pengakap sebagai ejen perubahan positif di negara masing-masing.
Pesuruhjaya Antarabangsa, Persekutuan Pengakap Malaysia Norma Noordin berkata, bengkel yang menghimpunkan wakil-wakil pengakap dari seluruh rantau Asia-Pasifik itu memfokuskan kepada perkongsian kepada perkongsian amalan terbaik, kaedah advokasi yang berkesan serta peranan pengakap sebagai change makers dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di peringkat komuniti.
"Untuk mengajar atau membuat sharing dengan National Scout Organisation (NSO) lain berkenaan bagaimana pengakap boleh jadi pengaruh yang baik di negara masing-masing dan membuat impak yang besar, yang positif kepada masyarakat dan komuniti masing-masing .
"Di samping itu juga sharing best practiceslah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Bengkel Asia-Pacific Regional Social Impact & Advocacy 2025, di ibu negara.
Beliau berkata, asil perbincangan sepanjang bengkel akan dirumus dalam bentuk resolusi dan syor, sebelum dibentangkan pada Persidangan Serantau Asia-Pasifik yang dijadual berlangsung di Taiwan pada Oktober ini, melibatkan penyertaan 33 negara dari rantau berkenaan.