fb fb fb fb fb

Perkasa Mahkamah Syariah, ambil kira pandangan ulama, mufti, ahli akademik

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Menggubal Undang-Undang Islam mengambil kira pandangan ulama, mufti dan ahli akademik.

Ia bertujuan memastikan kedudukan Mahkamah Syariah terus diperkasa tanpa menyinggung kedudukan Islam.

"Biar dia dengar semua, dia putuskan dan kemukakan pandangan dan kita teliti dari segi perlembagaannya. Jabatan Peguam Negara dan Majlis Raja-Raja bawa balik kepada Jemaah Menteri, kerana Jemaah Menteri yang mesti putuskan kerana Jemaah Menteri perlu bawa ke Parlimen dan ahli parlimen perlu bersetuju, kalau pinda perlembagaan, dua pertiga daripada ahli parlimen", katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2024 di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Dalam Majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan cek bantuan makanan keperluan asasi bernilai lebih RM110 juta kepada wakil penerima bantuan sara hidup MAIWP, selain bantuan pakaian dan peralatan persekolahan sesi 2024 berjumlah lebih RM15 juta.

ROSLINA BINTI DIN