fb fb fb fb fb

Perkasa kerjasama antarabangsa, produk tempatan akan ke luar negara - KPDN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali/Foto Fail

SHAH ALAM, 15 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkasa kerjasama dengan beberapa rangkaian pasar raya besar di luar negara.

Ia bertujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia dapat dipasarkan ke empat buah negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali berkata agar usaha menembusi pasaran antarabangsa bagi produk tempatan berkembang lebih ke luar negara.

"Kita fokuskan kepada empat buah negara iaitu UAE, Thailand, China dan Jepun. Kita mengharapkan program ini, yang juga bekerjasama dengan pasar raya yang ada di negara-negara tersebut."

"Kita dapat membawa lebih banyak produk-produk tempatan dipasarkan di rak-rak pasar raya di luar negara," kata Datuk Armizan kepada pemberita selepas Kempen Pelancaran Beli Barangan Malaysia di Lotus Setia Alam, hari ini.

Tambahnya, Kempen Beli Barangan Malaysia yang dianjurkan telah bermula mulai Jun sehingga Disember tahun ini. 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM