fb fb fb fb fb

Perdana Menteri dijangka adakan pertemuan pertama bersama Jemaah Menteri esok

(FOTO PMO)

PUTRAJAYA, 2 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan pertama bersama semua jemaah menteri kerajaan perpaduan, esok.

Pertemuan dijadualkan berlangsung selepas selesai majlis mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 3.00 petang.

"Saya akan mengadakan pertemuan khas dengan menteri supaya beberapa peraturan dan hala tuju dan kaedah baharu diperkenalkan dengan maksud menjalankan tugas mereka dan mengelakkan segala kemungkinan pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa," kata Anwar.

Perdana Menteri turut menegaskan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan akan mengutamakan soal tatakelola dan langkah yang harus diambil untuk meringankan beban rakyat

Anwar optimis, saiz kabinet lebih kecil itu dapat mengelak pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan.

(Datuk Seri Anwarbercakap pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan/PMO)

Media Baharu