fb fb fb fb fb

Perbuatan bakar teks, buku agama: Malaysia tidak tolak ansur, pertahan semua anutan

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Malaysia, tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tindakan yang boleh mencetuskan Islamofobia seperti membakar buku atau teks agama.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim... rakyat negara ini, menghargai nilai kemanusiaan serta menghormati hak setiap individu

Katanya, insiden membakar Al-Quran yang berlaku di Sweden, telah menunjukkan provokasi melampau terhadap Islam.

Anwar berkata, Malaysia kekal dengan pendirian sama dan telah menghubungi Duta Sweden dengan menyatakan bantahan serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berkenaan.

Anwar berkata terdapat begitu banyak salah faham dan prasangka terhadap agama di seluruh dunia termasuk Islam.

“Apa yang anda ingin buktikan? Bahawa anda adalah sekular, menentang Islam atau menentang agama namun apa yang sebenarnya digambarkan adalah kemerosotan nilai dan kemanusiaan nilai.

"Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap isu ini.


(Datuk Seri Anwar (kiri) melancarkan buku ‘Knowledge, Tradition and Civilisation: Essays In Honour
of Prof Osman Bakar' di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) 

"Bukan sahaja tindakan terhadap Al-Quran, bahkan kitab Bible dan Hindu, kerana negara amat menghargai nilai kemanusiaan, selain menghormati kepercayaan setiap individu dalam beragama.

"Ini juga tidak bererti kita tidak boleh mengamalkan kebebasan bersuara, tetapi janganlah merendahkan martabat dan kepercayaan mana-mana pihak.

"Malaysia juga telah menzahirkan sokongan terhadap Presiden Recep Tayyip Erdoğan yang mengutuk tindakan berkenaan," kata beliau ketika melancarkan buku ‘Knowledge, Tradition and Civilisation: Essays In Honour of Prof Osman Bakar' di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) di sini.

Malaysia juga, jelas Perdana Menteri, perlu terus mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian sedia ada bagi mendepani cabaran perkauman dalam kalangan masyarakat.

Media Baharu