fb fb fb fb fb

Perbincangan pembangunan REE bersama exco kerajaan negeri minggu depan

(Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad)

KUALA LUMPUR, 26 September- Satu perbincangan akan dibuat pada minggu depan bersama Exco kerajaan negeri berhubung pembangunan unsur nadir bumi (REE).

Ini mengambil kira kawasan yang berpotensi untuk diteroka tanpa mengganggu ekosistem hutan simpan kekal.

Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tumpuan turut diberikan kepada aspek pemprosesan yang perlu dibuat dalam negara.

"Yang ditekankan oleh Perdana Menteri ialah soal pemprosesan, bukan sahaja gali, proses kita buat di negara kita, paling kurang di peringkat pertengahan kalau tak 'downstream', kalau ideal kita dapat kepakaran negara kita, kalau ada kepakaran luar dan buat di antara, 'rare earth' ini nak buat EV, kincir angin nak tenaga boleh baharu, telefon 'rare earth', ini sangat strategik dan kita nak mereka datang ke Malaysia," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.


(Persidangan Dewan Negara di Parlimen)

Ujarnya, setakat ini, sebanyak 80 peratus kawasan berpotensi REE dikenal pasti berada di luar kawasan hutan simpan.

Awal September lalu, kabinet telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Dasar Mineral termasuk REE bagi memastikan pengeksploitasian hasil mineral itu dibuat secara lestari dan mampan. 

Media Baharu