fb fb fb fb fb

Peratusan wanita jalani ujian mamogram masih rendah

PARIT, 27 Mac- Peratusan wanita menjalani ujian mamogram bagi mengesan peringkat awal kanser payudara di negara ini masih lagi rendah, iaitu 23.8 peratus.

Menurut Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) , Datuk Mohd Nizar Zakaria jumlah itu membabitkan mereka yang berumur antara 35 hingga 59 tahun.

Tambahnya perasaan malu dan bimbang, selain halangan untuk membuat ujian penyakit berkenaan, antara alasan diberikan tidak tampil untuk menjalani pemeriksaan secara sukarela.

"Untuk kita mengesan lebih awal dan tidak perlu untuk kita rasa malu ataupun takut dan hari ini pun dari segi teknologi pun cara-cara pengesanan cukup mudah sebab tu kita ada perkhidmatan daripada LPPKN bas bergerak kita ini turun ke lapangan termasuklah di tempat tempat pedalaman," katanya.


(Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) , Datuk Mohd Nizar Zakaria)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah kasih Keluarga Malaysia peringkat negeri di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Perah, Parit.

Pada majlis tersebut, turut diadakan program WCARe iaitu pembiayaan insentif percuma melalui saringan awal mamogram kanser payudara dan ujian HPV DNA kanser pangkal rahim.

Menerusi Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM11.5 juta bagi saringan dan ujian kanser payudara serta serviks.

Media Baharu