GEORGE TOWN, 29 Disember- Perarakan Chingay Pulau Pinang 2024 merupakan simbol penghargaan dan kerjasama terhadap warisan budaya yang dikongsi pelbagai bangsa.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata acara tersebut menjadi platform mengukuhkan perpaduan dan silaturahim antara masyarakat.
"Saya rasa ia merupakan satu acara yang boleh menyatupadukan semua kaum, perakan yang diadakan setiap hujung tahun sempena cuti memberi ruang kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk meneroka kepelbagaian warisan negara," katanya.
Beliau ditemui semasa hadir ke majlis perasmian Perarakan Chingay 2024 di Padang Kota Lama, George Town yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di sini.
Riuan peserta dari dalam dan luar negara menyertai acara tersebut selain 41 pasukan persembahan dari pelbagai kaum termasuk India dan Melayu.
Perarakan Chingay tahun ini bermula di Jalan Johor, Padang Brown kira-kira pukul 6.00 petang dan berakhir di Padang Kota kira-kira tiga jam kemudian.