fb fb fb fb fb

Peranti AED disaran di semua tempat pelancongan - KKM

(Alat 'Automated External Defribillator' (AED) di Zoo Taiping)

TAIPING, 2 September- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan semua tempat pelancongan dan rekreasi supaya menyediakan peranti defibrilator luaran automatik (AED) untuk kegunaan orang awam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, "ini kerana peranti AED berupaya mengurangkan risiko kematian mengejut semasa waktu kecemasan seperti pengsan, lemas atau terkena serangan jantung."

Jelas beliau, "orang awam juga perlu mempelajari bantuan pernafasan (CPR) untuk menyelamatkan mangsa sebelum pihak petugas kesihatan sampai di sesuatu lokasi kejadian.

"Kita tahu penyakit jantung ni 24% daripada mereka yang kena bawah 50 tahun jadi semua orang tidak kira bangsa agama dia boleh kena sesiapa sahaja dan boleh berlaku kematian mengejut.

"Dia pengsan boleh terus tidak bernyawa, degupan jantung terhenti maka inilah perkara yang penting ada AED ini untuk membantu setelah CPR dilakukan." Tegas beliau ketika ditemui pemberita.

(Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan ketika ditemui pemberita)

Zoo Taiping dan Night Safari merupakan zoo pertama di negara ini menyediakan peranti AED sebagai satu usaha untuk menyelamatkan orang awam terutamanya pengunjung yang ditimpa kemalangan seperti serangan jantung seterusnya dapat mengurangkan risiko kematian.

AED adalah peranti yang boleh menganalisis denyutan jantung dan memberi maklumat kepada penyelamat sama ada arus renjatan perlu diberikan kepada mangsa serangan jantung, terutama sekiranya berlaku di tempat awam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Latihan Pertolongan Cemas dan Penggunaan Alat 'Automated External Defribillator' (AED) di Zoo Taiping.

Media Baharu