fb fb fb fb fb

Perangi denggi tanggungjawab bersama, bukan tugas kerajaan dan PBT semata- Exco Melaka

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem

BATU BERENDAM, 14 Mac- Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan-persatuan penduduk digesa memainkan peranan dalan penjagaan kebersihan kawasan masing-masing bagi mengawal penularan wabak denggi.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, pemantauan perlu kerap dilakukan khasnya di kawasan panas pembiakan denggi.

"Jadi memanglah kita kenalah sentiasa anjurkan program gotong-royong terutamanya persatuan penduduk. Bila kerajaan atau ahli majlis anjurkan gotong royong penduduk sekitar sana haruslah keluar untuk membantu memerangi wabak denggi,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pameran Sains Kem Perangi Wabak Penyakit di Batu Berendam, Melaka.

Bermula 3 Mac hingga 9 Mac lalu sebanyak 46 kes denggi dicatatkan di negeri itu menyaksikan Melaka Tengah merekodkan kes tertinggi dengan 27 kes diikuti, Jasin (17) dan Alor Gajah (2) .

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE