fb fb fb fb fb

Perang tarif: Malaysia di landasan tepat, catat pertumbuhan ekonomi 2025

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan ekonomi disasarkan tahun ini, walaupun berdepan risiko perang tarif.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, keyakinan terhadap prospek pertumbuhan jangka sederhana dan jangka panjang kekal tidak berubah, dipamerkan sepanjang bulan lalu.

"Apa yang berlaku dalam pasaran akibat perang perdagangan ini adalah sesuatu yang akhirnya akan diambil kira dan dinilai oleh pasaran.

"Akhirnya, ia akan kembali kepada nilai tawaran yang ekonomi Malaysia boleh berikan kepada dunia.

"Dalam hal ini, beberapa hipotesis yang telah menarik minat terhadap ekonomi negara sepanjang tahun lalu masih kekal," katanya selepas pelancaran laporan terkini Bank Dunia mengenai usaha Mengurangkan Ketidaksamaan dan Memperkukuh Mobiliti di Malaysia di sini.

Bagaimanapun, kerajaan akan tetap memantau perkembangan di peringkat global susulan ketegangan perdagangan yang meningkat.

Sementara itu katanya, kepesatan teknologi digital didorong kecerdasan buatan (AI) masih menunjukkan trend mengukuh dan akan memberi manfaat kepada negara sebagai hab semikonduktor utama.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM