fb fb fb fb fb

Perang Israel-Hamas, ragut 22,438 nyawa rakyat Palestin

Foto AFP

GAZA, 5 Januari- Angka kematian rakyat Palestin kini mencecah 22,438 orang, akibat konflik perang antara Israel-Hamas tercetus sejak 7 Oktober lalu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, seramai 57,296 lagi dilaporkan cedera.

Sekurang-kurangnya 128 warga Palestin dibunuh dan 261 lagi mengalami kecederaan, dalam tempoh 24 jam lalu.

Memetik portal WAFA, Israel meneruskan serangan udara di kem pelarian Nuseirat dan Jabalia di bahagian tengah dan utara Gaza.

Pertempuran tentera Israel dan pejuang Hamas juga terus berlaku di Khan Yunis.

Serangan turut mengakibatkan kebanyakan penduduk di wilayah yang berjumlah lebih 2.2 juta itu kehilangan tempat tinggal dan kekurangan makanan serta keperluan asas.

PBB menyifatkan perang di Gaza serta pembunuhan timbalan ketua Hamas Saleh al-Arouri di Lubnan sebagai amat membimbangkan dengan konflik di rantau akan menjadi lebih meluas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM