
JOHOR BAHRU, 15 Mac – Malaysia sedang mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh baharu (TBB) melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) selaras sasaran mencapai pelepasan sifar karbon bersih menjelang 2050.
- Mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan api fosil dengan tumpuan kepada sumber tenaga alternatif.
- Memberi penekanan kepada penggunaan tenaga solar dan hidro sebagai sumber tenaga alternatif utama.
- Tenaga boleh baharu seperti solar tidak akan habis selagi sinaran tersedia untuk penjanaan tenaga.
- Penggunaan tenaga boleh baharu kini mencecah 25 peratus daripada kapasiti terpasang.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pelan itu akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan api fosil, sebaliknya memberi tumpuan kepada penggunaan sumber tenaga alternatif seperti solar dan hidro.
“Satu kelebihan tenaga boleh baharu ini adalah memang ia tidak akan habis, maksudnya secara logiknya dalam penggunaan solar itu selagi ada sinaran itu kita terus dapat menjana tenaga.
“Jadi apabila pakar ataupun ahli akademik memberi gambaran bahawa Malaysia memang perlu tumpukan kepada peralihan tenaga ini memang kerajaan setuju dan itulah yang kita sedang buat.”
“Cuma pada masa yang sama, kesan ketika ini bila berlaku mana-mana gangguan terhadap ekosistem bekalan tenaga itu sudah pasti kita nampak kesannya.” jelas beliau ketika ditemui selepas Program Jualan Rahmah di Pangsapuri Desa Datuk Hajah Hasnah di sini, hari ini.
Ketika ini, penggunaan TBB mencecah 25 peratus daripada kapasiti terpasang.