fb fb fb fb fb

Perak tumpu naik taraf 5G di tiga daerah

FOTO HIASAN

IPOH, 6 Januari - Tumpuan menaik taraf liputan 5G di Perak akan terarah di daerah Muallim, Kerian dan Batu Gajah, kata Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi.

Perkara itu mengambil kira tiga lokasi tersebut dijangka menerima pertambahan jumlah penduduk terlibat dengan sektor perindustrian.

Perbincangan mengenainya bersama-sama Digital Nasional Berhad (DNB) akan dibincangkan dalam masa terdekat.

"Sebelum ini dua tiga pertemuan dengan DNB kita bincang berkaitan dengan 5G di Ipoh dan bandar-bandar lain dan pelan lain dalam Perak. Kali ini kita hendak fokus dalam suku awal ini untuk kawasan perindustrian dan Proton City untuk memantapkan lagi supaya pembekal seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar, perpindahan akan berlaku di Proton City jadi kita nak pastikan perhubungan di kawasan mantap dan padu," kata Mohd Azlan kepada media dalam program Combat Archery anjuran Jabatan Penerangan Perak, di sini.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Negeri Yosri Abu Mahsin berkata penganjuran program itu merupakan platform terbaik untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan dan rakan strategik.

"Insya-Allah kalau dana mencukupi pada masa akan datang kita akan panjangkan lagi dalam kalangan jabatan bawah Kementerian Komunikasi," kata Yosri.

TETITIA YUSOFF