fb fb fb fb fb

Perak lulus peruntukan khas sebanyak RM7 juta

IPOH, 25 September- Kerajaan Perak meluluskan peruntukkan khas berjumlah RM7 juta sebagai persediaan awal sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP 2024).

Exco Pelancongan Negeri Perak Loh Sze Yee berkata, jumlah itu merupakan tambahan daripada RM3.5 juta digunakan bagi tujuan promosi pelancongan negeri itu.

"Perancangan kerajaan negeri berfokus kepada lima aspek utama dalam menjayakan agenda TMP2024 iaitu pemantauan, jadual aktiviti/produk, program promosi, projek infrastruktur dan majlis pelancaran tahun melawat Perak," katanya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 di sini.

Selain itu operasi laluan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) dari Ipoh ke Langkawi tidak ditamatkan namun diberhentikan sementara waktu.

Loh berkata laluan bagi penerbangan ditentukan oleh syarikat penerbangan dan ketika ini syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSAS adalah AirAsia dan Flyscoot.

"Sebarang laluan adalah bawah bidang kuasa syarikat penerbangan dalam menentukan potensi laluan baru di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah destinasi-destinasi lain atau sebaliknya. Ia juga perlu mendapatkan kerjasama dan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan," katanya ketika menjawab soalan ADUN Tronoh, Tiw Tee Siang di Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 di sini.

(Loh Sze Yee)

Media Baharu