fb fb fb fb fb

Perak FC terpaksa lupakan hasrat bermain di stadium sendiri

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah /Foto RTM

IPOH, 5 Jun -Perak FC terpaksa melupakan hasrat beraksi di Stadium Perak bagi pusingan kedua Liga Malaysia musim ini.

Ini kerana stadium tersebut akan jalani proses naik taraf sistem pengairan dan penanaman rumput baharu dijangka bermula November depan.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Khairudin Abu Hanipah, naiktaraf tersebut hasil geran RM500,000 yang ditawar Kementerian Belia dan Sukan pada Januari lalu.

Keputusan dicapai hasil mesyuarat yang dijalankan antaranya Majlis Bandaraya Ipoh , Perak FC, Majlis Sukan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri bulan lalu.

"Ini bermakna dalam tempoh pembaikan atau menaik taraf stadium, pasukan Perak akan bermain di stadium Manjung. Namun, kita perlu melihat daripada segi limpahan cahaya lampu stadium.

"Ini kerana daripada segi spesifikasi MFL ia tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Jadi perlu buat sedikit penambaikan pencahayaan lampy supaya ia boleh digunakan untuk Liga Super", katanya di sini.

Menurutnya, terdapat satu lagi cadangan yang dikemukakan iaitu bermain di semua venue pasukan lawan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD