fb fb fb fb fb

Penyimpan Mohor Besar perjelas isu JAKIM bawah kuasa Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini memperjelaskan laporan yang mendakwa bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini diletakkan bawah bidang kuasa badan tersebut.

Menurut Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan media, laporan akhbar berbahasa Inggeris itu sebenarnya kurang tepat dan boleh mengelirukan.

"Mesyuarat Majlis Raja-Raja hanya membuat ketetapan bahawa seorang daripada Raja Pemerintah wajar memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selama dua tahun secara bergilir-gilir" menurut kenyataan itu

Syed Danial berkata, hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 telah berkenan memilih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI untuk tempoh dua tahun.

Pada 10 Mac, akhbar berbahasa Inggeris dan beberapa akhbar lain membuat laporan berita mengenai peletakan JAKIM di bawah Majlis Raja-Raja.


(FOTO FAIL)

Media Baharu