fb fb fb fb fb

Penyeludupan kontraban, MCBA rampas pelbagai barangan bernilai RM4 juta

Foto MCBA

SIBU, 18 Mei- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) berjaya merampas pelbagai barangan kontraban yang dianggarkan bernilai RM4 juta dalam serbuan Ops Khas di Sibu, Sarawak.

Operasi bersepadu yang dijalankan pada 14 hingga 16 Mei itu diselaras MCBA membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan.

Antara agensi yang terlibat termasuk PDRM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak serta Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras, Sibu, Sarawak.

MCBA dalam satu kenyataan berkata antara yang dirampas adalah daging sejuk beku, rokok, arak dan beras.

Ia merupakan antara kejayaan besar MCBA dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan di negara sejak mula beroperasi pada 2 Mei lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM