fb fb fb fb fb

Penyelam TLDM meninggal dunia semasa operasi salvaj

Foto FB TLDM

JOHOR BAHRU, 28 Ogos - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan seorang Penyelam Ranjau TLDM, Laskar Kelas I PLM Arman San Hermansa, meninggal dunia ketika melakukan selaman dalam operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Pengelih, di sini.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut, Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut.

"Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk proses bedah siasat sebelum dibawa ke Lahad Datu, Sabah, untuk pengebumian.

"TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham selain menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," menurut kenyataan itu.

KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN