fb fb fb fb fb

Penyasaran semula subsidi pendidikan hanya dilaksana selepas kelulusan Kabinet

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merasmikan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024 di UiTM Shah Alam/ Foto facebook Zambry Abd Kadir

SHAH ALAM, 1 Oktober- Penyasaran semula subsidi pendidikan hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Kabinet.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menjelaskan bahawa isu yang dibangkitkan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kepentingan isu tersebut.

Pada masa sama, beliau menekankan golongan berpendapatan tinggi harus memikul tanggungjawab moral dalam memberi peluang pendidikan kepada golongan yang lebih memerlukan.

"Kita akan melaksanakan apabila satu keputusan Kabinet ditentukan, kita akan buat. Tetapi apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah ketika ini supaya satu tanggungjawab moral dalam kalangan kumpulan ini, terhadap peluang-peluang pendidikan untuk semua itu benar-benar difahami", katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

ROSLINA BINTI DIN