fb fb fb fb fb

Penuntut IPTA dikhuatiri lemas di Lata Hammer

FOTO HIASAN

KUANTAN, 20 Februari - Seorang penuntut Institusi Pengajian Awam (IPTA) dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang semasa beriadah di air terjun Lata Hammer, Bentong di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan berkata mangsa dikenali Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, didakwa hilang kira-kira 12.30 tengah hari pada Ahad lepas.

“Mangsa dikatakan ke air terjun itu bersama tujuh rakan dan didakwa hilang semasa keadaan kelam-kabut disebabkan kejadian lemas melibatkan dua wanita

“Bagaimanapun, dua wanita itu berjaya diselamatkan orang awam,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula sejak hari kejadian masih diteruskan hingga hari ini.

TETITIA YUSOFF