fb fb fb fb fb

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Seri Alam

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 1 April – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Seri Alam, Johor Bahru pada pukul 2.30 petang semalam (Isnin).

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang dalam perjalanan dari Jalan Kota Masai 2 ke Taman Kota Masai dilaporkan telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak, dalam satu kenyataan berkata, mangsa tercampak ke jalan raya dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, pemandu dua lagi kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD