CHANGLUN, 27 Disember- Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di hadapan sebuah stesen minyak di Lebuhraya Bukit Kayu Hitam, Changlun petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitenden Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian serta motosikalnya turut terbakar.
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.45 petang.
Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf menerusi kenyataan berkata, mangsa dipercayai seorang lelaki ditemukan sudah meninggal dunia dengan 60 peratus terbakar.
Pihaknya melakukan pemadaman api menggunakan dua aliran saluran air daripada jentera bomba untuk memadamkan motosikal yang terbakar keseluruhannya.