fb fb fb fb fb

Penularan COVID-19: strategi mitigasi dilaksanakan kerajaan berbanding 'lockdown'


KUALA LUMPUR, 9 Januari
- Ekonomi dan kebajikan rakyat akan terjejas sekiranya lockdown atau sekatan pergerakan dilaksanakan semula.

Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebaliknya berkata, strategi kerajaan untuk menyekat penularan wabak tersebut adalah dengan melaksanakan strategi mitigasi.

Menurutnya, tidak dinafikan pendekatan China melaksanakan lockdown berkesan, namun strategi mereka iaitu pembendungan atau 'zero COVID' bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif.

Khairy menegaskan, Malaysia telah mengurus kes positif dengan berkesan apabila mencatatkan kadar vaksinasi yang tinggi.

Beliau turut mengingatkan rakyat terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar kadar kematian, penggunaan unit rawatan rapi dan kemasukan ke hospital dapat dikurangkan.

Media Baharu